Jack Sweeney pada ketika ini berjaya menarik perhatian dunia dengan kebolehan menghasilkan bot penjejak jet peribadi yang tepat serta menerima mesej secara peribadi daripada Elon Musk sendiri. Malah, beliau juga menerima tawaran sejumlah wang daripada tokoh tersebut untuk berhenti berkongsi lokasi jet peribadi miliknya.

Menerusi laporan Daily Mail, beliau dikatakan sekali lagi telah menolak tawaran untuk memperolehi sebuah kereta elektrik Tesla Model 3 secara percuma yang diidamkannya sebelum ini. Sebagai balasan, beliau perlu memadam akaun Twitter penjejak tersebut iaitu @ElonJets.

Sumber Gambar: Electric Motor Engineering

Untuk makluman, remaja ini sudah mencipta sebuah akaun Twitter khusus yang digunakan untuk menjejak lokasi jet peribadi Elon Musk pada setiap masa menggunakan bot buatannya. Malah, beliau juga mengatakan mahu membuat lebih banyak akaun sedemikian bagi menjejak lebih banyak tokoh-tokoh terkemuka dunia selepas ini.

Namun begitu, beliau telah menolak tawaran untuk memiliki sebuah kereta elektrik Tesla secara percuma selama tiga tahun yang ditawarkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Autonomy, Scott Painter. Alasan yang diberikan oleh Sweeny adalah kereta tersebut tidak boleh dimiliki sepenuhnya serta mempunyai kaitan dengan Elon Musk.

Elon Musk pernah menawarkan wang $5,000 (~RM20,897) pada bulan lalu kepada Jack Sweeney. Bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut lalu menuntut sejumlah RM208,975 untuk memadamkan akaun Twitter yang mengesan penerbangan lokasi jet peribadi Elon Musk.

Difahamkan program penjejakan automasi yang dihasilkan memerlukan skil pengaturcaraan yang bagus serta pengetahuan mendalam mengenai sistem penerbangan untuk mendapatkan maklumat terperinci daripada pelbagai sumber. Oleh itu, beliau menuntut ganjaran wang yang lebih tinggi daripada pengasas syarikat tersebut.

Baru-baru ini juga syarikat Starlink di bawah Elon Musk sedia tawarkan pelan internet 500Mbps berasaskan satelit pada harga sekitar RM2,090 sebulan.

Starlink Tawarkan Pelan Internet 500Mbps Pada Harga Sekitar RM2,090 Sebulan

Mahu Tingkatkan Jaringan Internet, Kerajaan Kelantan Umum Penggunaan Satelit

Sumber